Thursday 25 September 2014

Detox Water | Jom Cuba!

Assalamualaikum. Ok, hari ini terajin sikit nak update tentang kecantikan. Kosmetik? No no no..I mekap pon tak pakai u..neautral beauty gitu. haha (walaupun hang rasa diri hang tak cantik, but please jgn ckp hang tak cantik sebab wajah hang tu, Allah yg kasi ok!)

Nak cerita pasal air detox ni, kisahnya aku ternampak kawan aku post kt wall FB die pasal air ni. Bahan-bahannya pon takdelah mahal dan susah nak cari. So, apa yang best sangat dengan detox water ni? Ahah!

kredit: atuk google

Detox water ni ada banyak pilihan buah-buahan yang berjus, yang boleh digunakan. Aku pilih yang paling mudah iaitu buah lemon, limau dan timun. Khasiatnya? Air ni best sangat sebab bagi sesiapa nk lose weight, insyaAllah ianya membantu. Benefits lain tentang detox water ni ialah;

-mencuci perut dan usus
-turunkan berat badan & kempiskan perut
-legakan kesakitan tekak
-kecantikan kulit
-buang toksin dalam badan

Macam mana nak buat air detox ni? Mudah aje...

1 biji buah lemon
1 biji buah limau
Beberapa hirisan timun
Air 1L/ 1 Jag

.................................................................
Buah-buahan yang digunakan tidaklah terhad dengan apa yang aku tulis. Korang leh guna apa sahaja buah janji buah nya adalah buah-buahan berjus!

Cara-cara:
potong nipis kesemua buah berikut
masukkan ke dalam air
simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam
.
.
Dah boleh minum! :)

Aku dan try buat dan dah banyak kali minum, al-hamdulillah nampak perubahan terutama bab sistem perkumuhan. :) Memang minum air ni akan buat kita terasa sentiasa nak buang air kecil, itu tandanya detox water ni sedang berfungsi mencuci usus kita. Badan pun terasa ringan tau dan yang paling penting sekali, dan makin kurang mengantuk kalau sedang bekerja. Hehe

By the way, itu adalah salah satu cara untuk kita berusaha untuk kekal cergas. Bila cergas, nk buat ibadah pon mudahla kan? Kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya. Selamat Mencuba!

Salam Kasih Sayang

~Bunga Sakura~

No comments:

Post a Comment