Thursday 25 September 2014

Detox Water | Jom Cuba!

Assalamualaikum. Ok, hari ini terajin sikit nak update tentang kecantikan. Kosmetik? No no no..I mekap pon tak pakai u..neautral beauty gitu. haha (walaupun hang rasa diri hang tak cantik, but please jgn ckp hang tak cantik sebab wajah hang tu, Allah yg kasi ok!)

Nak cerita pasal air detox ni, kisahnya aku ternampak kawan aku post kt wall FB die pasal air ni. Bahan-bahannya pon takdelah mahal dan susah nak cari. So, apa yang best sangat dengan detox water ni? Ahah!

kredit: atuk google

Detox water ni ada banyak pilihan buah-buahan yang berjus, yang boleh digunakan. Aku pilih yang paling mudah iaitu buah lemon, limau dan timun. Khasiatnya? Air ni best sangat sebab bagi sesiapa nk lose weight, insyaAllah ianya membantu. Benefits lain tentang detox water ni ialah;

-mencuci perut dan usus
-turunkan berat badan & kempiskan perut
-legakan kesakitan tekak
-kecantikan kulit
-buang toksin dalam badan

Macam mana nak buat air detox ni? Mudah aje...

1 biji buah lemon
1 biji buah limau
Beberapa hirisan timun
Air 1L/ 1 Jag

.................................................................
Buah-buahan yang digunakan tidaklah terhad dengan apa yang aku tulis. Korang leh guna apa sahaja buah janji buah nya adalah buah-buahan berjus!

Cara-cara:
potong nipis kesemua buah berikut
masukkan ke dalam air
simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam
.
.
Dah boleh minum! :)

Aku dan try buat dan dah banyak kali minum, al-hamdulillah nampak perubahan terutama bab sistem perkumuhan. :) Memang minum air ni akan buat kita terasa sentiasa nak buang air kecil, itu tandanya detox water ni sedang berfungsi mencuci usus kita. Badan pun terasa ringan tau dan yang paling penting sekali, dan makin kurang mengantuk kalau sedang bekerja. Hehe

By the way, itu adalah salah satu cara untuk kita berusaha untuk kekal cergas. Bila cergas, nk buat ibadah pon mudahla kan? Kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya. Selamat Mencuba!

Salam Kasih Sayang

~Bunga Sakura~

Tuesday 23 September 2014

Do You Like Me? Yes? or No?

Assalamualaikum. Nampaknya dah jadi rajin nk menaip di blog. Ihik! 

~Do you like me? Ecewah bajet homputeh la hang bunga... Awat? Aku boh tajuk ja homputeh, entry aku pakai gak bahasa ibunda. (krik krik krik)

Perasaan. "Apa itu perasaan?"

"Perasaan atau feeling, sentiment: thought, sensitivity, emotion, opinion and bla bla bla bla"

krik krik krik krik

"Ni..aku tanya apa itu perasaan. Bukan kata sama erti or dalam bahasa omputih perasaan tu dok sebut lagu mana.."

...............................................................................................................................................................

suka | sayang | cinta | marah | sedih | dll

perasaan tu naluri/emosi yang hadir dalam diri kita. ini defini bagi aku sendiri. tanpa rujuk kamus dewan bahasa. (peace) \/. Bukan setakat aku, tapi korang (ceh bunga bajet org bc pe yg ko tulis), semua manusia la yg Allah ciptakan ada pelbagai perasaan. Sejauh mana pula kita hormatkan perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain? Apatah lagi bab CINTA. Sebenarnya tu yang aku nak cerita. Haha..gila mukadimah panjang sangat. :P


Ada orang suka/mencintai kita, tapi kita tak ada perasaan kat dia? - hormatkan perasaan dia,kerana mungkin itu adalah benar2 lahir dari hatinya.

Kita suka seseorang, tapi orang tu tak suka pon kita, - hormat pendiriannya dan hormat perasaan kita, hormat maruah kita (especially perempuan)

Jangan kita desak seseorang untuk mencintai diri kita andai dia tak rela dan jangan marah atau tertawakan orang yang punya perasaan pada kita. Do you like me? Yes? or No? terima dan tolaklah cara yang paling terbaik agar maruah kedua2nya terjaga. 

Sebenarnya kalau nak cerita soal perasaan:cinta memang payah. Sebab ini melibatkan perasaan yang hadir dalam individu. Cumanya apa yang aku cuba nak sampaikan, belajar MENGHORMATI apa jua perasaan orang terhadap diri kita dan jom jaga ikhtilat!

-
-
-
-

Jaga ikhtilat memang susah. 

Sebab ikhtilat akan berkait dengan nafsu, nafsu akan berkait dengan couple, couple akan berkait dengan maksiat, maksiat akan berkait dengan dosa, dosa akan berkait dengan azab neraka!

Sebelum kau nak tergedik-gedik dengan mana-mana lelaki atau kau nak mengayat jiwang mana-mana perempuan, apa kata kau bayangkan kau kena seksa dalam neraka dulu. Nak tau jugak rasa gerun ke tak!
kredit: page tarbiah sentap


Menaip entah hape hape,

Bunga Sakura ~


Saturday 20 September 2014

Rojak Klang Gani Sedap!



Assalamualaikum. Senyum manis pekat2. Hari ini seronok sangat sebab dapat makan rojak klang gani kt emporium makan berdepan dengan pasar jawa klang. Okey untuk orang klang sure tahu mana kedudukan bangunan lama ni kan? Ofkos la lama sebabnya sejak aku kecil lagi bangunan tu dah ada yang menempatkan pelbagai gerai makan. 

Ehem, mesti orang kata tah pape dpt mkn rojak klang pon nak hepi. Hello..fyi i dah lama xmkn tau. Aku rasa since ayah pencen tahun 2008, mana ade dah ktorg pergi makan kt situ. Makanya hari ini memang rezeki sangat sebab dapat jugak merasa rojak klang ni yang bg pendapat aku rojak kedai mamak pon xleh nak saing lg. 

Jom kita layan gambar! ~


konon bajet candid la. haha...duduk dalam kete senyap2 bukan best, so sementara ayah drive nk harung jln yg sesak, baik la aku amik gambar dulu :)

ini jalan tengku kelana ataupon lebih dikenali INDIA TOWN. kalau lalu dekat sini boleh rasa mcm duduk kt negara India la sebab semua deretan kedai adalah milik orang india yang menjual pelbagai jenis pakaian, kedai makan daun pisang. tersangatlah colourful kt kawasan ni. 

semakin dekat perayaan deepavali, lagilah sesak jalan kat sini tau! cuba jalan time malam, lagilah happening! 

kami dah sampai kedai Rojak Klang Gani. Kedai lama yang kecil tapi pelanggannya sangatlah ramai!

sementara tunggu rojak yang kami order, snap dulu gambar pasangan merpati dua sejoli ni. lOVe ayah & mak so much!

 tadaaaaa! inilah dia rojaknya. oh, nampaknya kuantiti semakin sikit. hehe..takpelah janji rasa sedap dia tetap sama mcm dulu2 & tak pernah berubah! Al-hamdulillah...

Pada yang duduk area Klang, Pelabuhan Klang...yang tak pernah lagi rasa rojak ni, aku suggestkan korang cuba. Bagi aku, kalau rasa dia tak sedap, takdelah kedai ni dapat bertahan lama n sure org pon xde nk dtg mkn sangat kn? Ini tadi masa tgh order pun..uncle tu cakap lg setengah jam siap pon ramai yg ok je janji dapat. Ha, tu maknanya Rojak Klang Gani memang sedaplah! hehehe

Cuba, jangan tak cuba :) ~

Salam Kasih Sayang Ketat2,
Bunga Sakura @-----"-----

Friday 12 September 2014

Gangnam Station Superb!

Assalamualaikum.Annyonghaseyo~ Oh, kenapa susah sangat ni nak buat ayat pertama? Haha..tolong weh, lama kot aku tak menulis sampai segala idea pun sangkut! 

Ini kisah #throwback edisi jalan-jalan cari makan sampai lebam! 

1 September 2014 - Memandangkan hari tersebut adalah hari cuti, aku, yani dan seha dh pon decide nak keluar dating. Tempatnya tak jauh pun, Shah Alam je. Hew hew. Macam biasa, kalau kitorg keluar mesti nak cari tempat makan yang best & kami ni jenis suka cuba makan benda yang kami tak pernah makan terutamanya makanan korea! tapi kami tak lah addict sgt sampai tahap kalau nampak bulgogi tu, nak mandi sekali dgn daging2 tu, kalau makan dolsot bibimbap tu sampai terasa nak berenang renang dalam claypot tu..haha, tidak sama sekali! 

Ekceli tempat makan ni Yani yang suggestkan sebab dia ni kat ofis kalau tak ada aduan or kena buat report dia suka beno review macam2 blog. hahaha... yani ampunnnnnnn. So setelah dipersetujui, dan seperti yani cadangkan, kami dengan rela hati berjumpa di tasik shah alam & menuju ke GANGNAM STATION naik kete kancil seha. Macih seha sbb salu jadi pilot ktorg. Aku jd copilot je. Haha

Gangnam Station ni letaknya berdekatan dengan kolej PTPL. Tengkiu yani guide ktorg yang buta jalan ni. Haha. So lepas sampai n parking kete, ktorg mcm tertanya2, eh bukak ke tak ni..sebab tgok cm sunyi je kan..tapi sebenarnye bukak je..alhamdulillah..so, lets go!

Ini suasana Gangnam Station waktu malam. Tengkiu atuk google. Gambar sendiri tak rajin nak upload. :P Persekitarannya memang bersih, & kalau korang nak tau rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 pon penah datang sini dan masa tu pengacara dia Iqram Dinzly. Masa dah masuk & duduk sementara tengok2 menu, fikir gak kena cakap bi ke? haha..ke kena ckp korea? wahaha..oh please ni Malaysia tau..pakai bahasa ibunda sudah. Oh ye, untuk pengetahuan restoran Gangnam Station ini adalah milik orang melayu hokey! Proud with you, orang melayu! haha

Jom tengok antara makanan korea yang kami order!
.
.
.
.
.

Tteokbokki/Kuih Beras - Dia punya tahap kesedapan tu perghhh, memang kena sangatlh dengan tekak aku yang boleh tahan memilih ni. Hehe. Tekstur die yang kenyal2, kalau nak terang lagi bersuluh sikit lebih kurg mcm kuew tiow la tapi yang ni versi lagi kenyal dan berpalut dengan sos die yang pedas manis. 
.
.
.

Bulgogi - Ini menu yang paling aku nak makan. Berdasarkan review di blog yang aku pernah baca, pemilik restoran ni memiliki kepakaran membuat bulgogi dan setelah aku sendiri rasa, nyata memanglah tersangat sedap bulgogi ni. Daging lembut sangat & terasa kemanisan air daging tu. Erm, dok cerita ni pon terliur lagi gamaknya.
.
.
.
Dolsot Bibimbap - Yang ini yani yang order. Ada mcm2 jenis sayur dan bahagian bawah sedikit nasi. Cara makannya simple, kacau je sume sekali & ngap! kalau korg tengok awek2 korea, pakwe2 korea yang berlakon kt tv, scene makan kt mangkuk beso penuh dengan sayur bagai sume, ha..ni la die!
.
.
.

Kimchi - Ni sayur jeruk la...sebelum ni yang aku pernah makan kat seoul garden, tapi tak sedap! Kat seoul garden kimchi dia masam bak hang! Tapi kat gangnam station ni memang sedap. Agaknya kalau kat Korea lagi sedap kot? Wow!


Sebenarnya banyak je lagi makanan yang ktorg makan. Tapi tak terlarat nak cerita. Haha. Aku rasa takdelah mahal sangat makan kt situ, dengan servis yang baik, makanan yang sedap, persekitaran yang bersih, suasana yang aman yang memang langsung tak ada hiruk pikuk..alhamdulillah utk aku, memang aku puas hati sangat. So kalau korg (bajet ade yg tgh bc blog ni. ihik!) rasa nak pergi makan makanan korea, aku suggest kt korang pergi Gangnam Station hokey!

Kamsahamnida~

Bunga Sakura.