Saturday 20 September 2014

Rojak Klang Gani Sedap!



Assalamualaikum. Senyum manis pekat2. Hari ini seronok sangat sebab dapat makan rojak klang gani kt emporium makan berdepan dengan pasar jawa klang. Okey untuk orang klang sure tahu mana kedudukan bangunan lama ni kan? Ofkos la lama sebabnya sejak aku kecil lagi bangunan tu dah ada yang menempatkan pelbagai gerai makan. 

Ehem, mesti orang kata tah pape dpt mkn rojak klang pon nak hepi. Hello..fyi i dah lama xmkn tau. Aku rasa since ayah pencen tahun 2008, mana ade dah ktorg pergi makan kt situ. Makanya hari ini memang rezeki sangat sebab dapat jugak merasa rojak klang ni yang bg pendapat aku rojak kedai mamak pon xleh nak saing lg. 

Jom kita layan gambar! ~


konon bajet candid la. haha...duduk dalam kete senyap2 bukan best, so sementara ayah drive nk harung jln yg sesak, baik la aku amik gambar dulu :)

ini jalan tengku kelana ataupon lebih dikenali INDIA TOWN. kalau lalu dekat sini boleh rasa mcm duduk kt negara India la sebab semua deretan kedai adalah milik orang india yang menjual pelbagai jenis pakaian, kedai makan daun pisang. tersangatlah colourful kt kawasan ni. 

semakin dekat perayaan deepavali, lagilah sesak jalan kat sini tau! cuba jalan time malam, lagilah happening! 

kami dah sampai kedai Rojak Klang Gani. Kedai lama yang kecil tapi pelanggannya sangatlah ramai!

sementara tunggu rojak yang kami order, snap dulu gambar pasangan merpati dua sejoli ni. lOVe ayah & mak so much!

 tadaaaaa! inilah dia rojaknya. oh, nampaknya kuantiti semakin sikit. hehe..takpelah janji rasa sedap dia tetap sama mcm dulu2 & tak pernah berubah! Al-hamdulillah...

Pada yang duduk area Klang, Pelabuhan Klang...yang tak pernah lagi rasa rojak ni, aku suggestkan korang cuba. Bagi aku, kalau rasa dia tak sedap, takdelah kedai ni dapat bertahan lama n sure org pon xde nk dtg mkn sangat kn? Ini tadi masa tgh order pun..uncle tu cakap lg setengah jam siap pon ramai yg ok je janji dapat. Ha, tu maknanya Rojak Klang Gani memang sedaplah! hehehe

Cuba, jangan tak cuba :) ~

Salam Kasih Sayang Ketat2,
Bunga Sakura @-----"-----

2 comments:

  1. wehhh aku pun dah lama x makan.

    macam teringin je ni... heheheheeee... =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi..pergilah makan. tapi nak menunggu giliran tu kan..kene sabooooo :)

      Delete